Taman Bangi telah dibangunkan di atas tanah seluas 30.54 ekar di
sebahagian seksyen 3 tambahan, Bandar Baru Bangi, Mukin Kajang di daerah Hulu
Langat. Mula dibangunkan pada tahun 2000, taman Bangi 3 merupakan sebuah
kawasan perumahan dua tingkat telah dibangunkan secara berperingkat dimulai
dengan fasa 1 dan fasa 2 dan diikuti oleh fasa 3. Terletak didalam kawasan yang
strategi dengan kemudahan prasarana yang pelbagai, penduduk Taman Bangi 3
menikmati fasiliti-fasiliti yang tersedia ada seperti lebuhraya Utara-Selatan
memudahkan akses ke Kuala Lumpur dengan anggaran jarak 36 km dan juga hanya 45
km dari KLIA. Memandu ke Cyberjaya dan Putrajaya hanya mengambil masa selama 30
minit sahaja. Selain itu, lokasi Taman Bangi 3 hanya terletak 3 km dari
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan tidak pula jauh dari Universiti Putra
Malaysia (UPM). Klinik Kerajaan Daerah Hulu Langat hanya terletak 1 km dari
Taman Bangi 3 disamping berdekatan dengan stesyen komuter UKM dan Komplek
Pengankutan Awam Kajang. Pembangunan Taman Bangi 3 dimulakan dengan pembangunan
fasa 1 dan fasa 2. Fasa 1 adalah terdiri dari sebahagian dari Jalan 3/23, Jalan
3/28 dan Jalan 3/27 dengan jumlah keseluruhan rumah adalah sebanyak 153 unit. Fasa
2 pula adalah merupakan sebahagian dari Jalan 3/23, sebahagian Jalan 3/22,
Jalan 3/24, Jalan 3/25 dan Jalan 3/26. Jumlah keseluruhan rumah di Fasa 2
adalah terdiri dari 153 unit rumah. Rumah-rumah di fasa 1 dan fasa 2 adalah
terdiri dari lot yang mempunyai keluasan 20'x60', 20'x70' dan 20'x80' (rumah
lot tengah). Fasa 1 dan fasa 2 telah didiami mulai pada tahun 2003. Fasa 3 pula
mulai didiami pada Oktober 2004 mengandungi sebanyak 147 unit rumah dengan
keluasan 20'x60' dan 20'x70' Jenis Azalea dan Iris. Fasa 3 adalah terdiri dari
sebahagian Jalan 3/30, Jalan 3/31, Jalan 3/32, Jalan 3/33 dan Jalan 3/34.
Jumlah keseluruhan rumah di fasa 1, 2 dan 3 adalah sebanyak 453 unit rumah.
Taman Bangi 3 dilengkapi dengan sebuah surau dan 2 kawasan lapang yang juga menempatkan
kawasan permainan kanak-kanak sebagai kemudahan kepada penduduk berkumpul dan
menjalankan pelbagai aktiviti jiran tetangga dan kemasyarakatan. Pada tanggal
31 Julai 2005, Taman Bangi 3 telah mencatatkan satu lagi sejarah dalam diarinya
apabila majlis perasmian taman bangi 3 telah disempurnakan oleh YB. Dr. Amran
Kasimin, Ahli Dewan Undangan Negeri Bangi.
No comments:
Post a Comment