Sunday, 13 December 2015

Latar Belakang Taman Bangi 3

Taman Bangi telah dibangunkan di atas tanah seluas 30.54 ekar di sebahagian seksyen 3 tambahan, Bandar Baru Bangi, Mukin Kajang di daerah Hulu Langat. Mula dibangunkan pada tahun 2000, taman Bangi 3 merupakan sebuah kawasan perumahan dua tingkat telah dibangunkan secara berperingkat dimulai dengan fasa 1 dan fasa 2 dan diikuti oleh fasa 3. Terletak didalam kawasan yang strategi dengan kemudahan prasarana yang pelbagai, penduduk Taman Bangi 3 menikmati fasiliti-fasiliti yang tersedia ada seperti lebuhraya Utara-Selatan memudahkan akses ke Kuala Lumpur dengan anggaran jarak 36 km dan juga hanya 45 km dari KLIA. Memandu ke Cyberjaya dan Putrajaya hanya mengambil masa selama 30 minit sahaja. Selain itu, lokasi Taman Bangi 3 hanya terletak 3 km dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan tidak pula jauh dari Universiti Putra Malaysia (UPM). Klinik Kerajaan Daerah Hulu Langat hanya terletak 1 km dari  Taman Bangi 3 disamping berdekatan dengan stesyen komuter UKM dan Komplek Pengankutan Awam Kajang. Pembangunan Taman Bangi 3 dimulakan dengan pembangunan fasa 1 dan fasa 2. Fasa 1 adalah terdiri dari sebahagian dari Jalan 3/23, Jalan 3/28 dan Jalan 3/27 dengan jumlah keseluruhan rumah adalah sebanyak 153 unit. Fasa 2 pula adalah merupakan sebahagian dari Jalan 3/23, sebahagian Jalan 3/22, Jalan 3/24, Jalan 3/25 dan Jalan 3/26. Jumlah keseluruhan rumah di Fasa 2 adalah terdiri dari 153 unit rumah. Rumah-rumah di fasa 1 dan fasa 2 adalah terdiri dari lot yang mempunyai keluasan 20'x60', 20'x70' dan 20'x80' (rumah lot tengah). Fasa 1 dan fasa 2 telah didiami mulai pada tahun 2003. Fasa 3 pula mulai didiami pada Oktober 2004 mengandungi sebanyak 147 unit rumah dengan keluasan 20'x60' dan 20'x70' Jenis Azalea dan Iris. Fasa 3 adalah terdiri dari sebahagian Jalan 3/30, Jalan 3/31, Jalan 3/32, Jalan 3/33 dan Jalan 3/34. Jumlah keseluruhan rumah di fasa 1, 2 dan 3 adalah sebanyak 453 unit rumah. Taman Bangi 3 dilengkapi dengan sebuah surau dan 2 kawasan lapang yang juga menempatkan kawasan permainan kanak-kanak sebagai kemudahan kepada penduduk berkumpul dan menjalankan pelbagai aktiviti jiran tetangga dan kemasyarakatan. Pada tanggal 31 Julai 2005, Taman Bangi 3 telah mencatatkan satu lagi sejarah dalam diarinya apabila majlis perasmian taman bangi 3 telah disempurnakan oleh YB. Dr. Amran Kasimin, Ahli Dewan Undangan Negeri Bangi.

Friday, 4 December 2015

Sejarah Teknologi Maklumat

Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas: berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah: penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.

TEKNOLOGI
Teknologi merujuk kepada Perkakasan, Perisian dan Sistem Telekomunikasi yang digunakan di dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat.
Perkakasan komputer seperti unit pemproses pusat (CPU), ingatan (RAM), cakera keras (HDD), papan kekunci (keyboard), tetikus (mouse) dan sebagainya amat penting dalam proses kemasukan, pemprosesan dan penyimpanan maklumat.
Perisian komputer seperti sistem operasi (OS) yang popular termasuk Linux, UNIX, Mac OS dan Windows dan aplikasi produktiviti pejabat seperti OpenOffice atau Microsoft Office serta perisian Internet seperti pelayar web (Mozilla, Netscape Navigator, Safari dan Internet Explorer) memainkan peranan besar dalam teknologi maklumat. Ini kerana ia merupakan perisian yang paling banyak digunakan oleh pengguna komputer setiap hari. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pengkelasannya sila rujuk tajuk Perisian.
Dari segi komersial dan pembangunan sistem, perisian komputer boleh dibahagian kepada dua iaitu:
  • Perisian Bebas / Sumber Terbuka - Secara amnya, boleh didapati secara PERCUMA atau dibeli berserta kod sumber seperti Linux, FreeBSD, dan OpenOffice.
  • Perisian Komersial / Sumber Tertutup - Secara amnya, lesen menggunakan perisian perlu dibeli manakala kod sumber tidak diberikan seperti Microsoft Windows dan Miscrosoft Office. Namun begitu , untuk mengimbang kebangkitan penggunaan perisian sumber terbuka, syarikat Microsoft telah melancarkan kempen yang dipanggil kongsi sumber (share source). Dengan konsep ini, pengguna komersial dan pihak kerajaan boleh 'melihat' kod sumber perisian Miscrosoft. Namun begitu, pengguna tidak dibenarkan untuk mengguna, menyunting atau mengubah kod sumber tersebut. Pengguna juga perlu menandatangani satu perjanjian untuk membolehkan mereka melihat kod sumber tersebut.
Sistem Telekomunikasi merupakan komponen yang amat penting selepas perkakasan dan perisian. Ia merupakan rangkaian dan jambatan yang menyambungkan semua sistem komputer dan sistem telekomunikasi di seluruh dunia seperti Internet, satelit, dan sistem telefon. Ia merupakan kombinasi beberapa teknologi seperti:
  • Protokol / Senibina Telekomunikasi - TCP/IP, OSI dan SNA, dsb
  • Teknologi Telekomunikasi/ Rangkaian - ATM, X.25, Frame Relay, 3G, SMS, MMS, Bluetooth, dsb
  • Teknologi Media Penghantaran - Wayar tembaga, Gentian Optik, Gelombang Mikro, Radio dan Satelit
SEJARAH TEKNOLOGI MAKLUMAT
Istilah "teknologi maklumat" muncul pada sekitar dekad 1970-an. Bagaimanapun, konsepnya yang asas boleh dikesani jauh lebih lama lagi. Pada sepanjang abad ke-20, pihak tentera telah berikat dengan berbagai-bagai industri untuk membangunkan elektronik, komputer, dan teori maklumat. Secara sejarah, pihak tentera telah mendorong penyelidikan-penyelidikan tersebut dengan memotivasi dan membiayai inovasi dalam bidang penjenteraan dan pengkomputan.
Komputer komersil yang pertama ialah UNIVAC I yang direka bentuk oleh J. Presper Eckert dan John Mauchly untuk Biro Banci Amerika Syarikat. Akhir dekad 1970-an memperlihatkan kebangkitan mikrokomputer, diikuti dengan rapat oleh komputer peribadi IBM pada tahun 1981. Sejak dari masa itu, empat generasi komputer telah berkembang, dengan setiap generasi melambangkan satu langkah yang dicirikan oleh perkakasan yang semakin kecil dan berupaya. Generasi pertama menggunakan tiub vakum, dengan generasi-generasi kedua dan ketiga masing-masing menggunakan transistor dan litar bersepadu. Generasi keempat, iaitu generasi terkini, menggunakan sistem-sistem yang lebih rumit seperti penyepaduan skala sangat besar (VLSI).
TEKNOLOGI MAKLUMAT PADA HARI INI
Pada hari ini, istilah teknologi maklumat telah diperluas untuk merangkumi banyak aspek pengkomputan dan teknologi, dengan istilah ini lebih dapat dikenal, berbanding dengan dahulu. Payung teknologi maklumat adalah amat besar, dan meliputi banyak bidang.
Ahli-ahi profesional melakukan berbagai-bagai tugas yang berbeza-beza dari pemasangan perisian penggunaan sehingga perekaan bentuk rangkaian komputer dan pangkalan data maklumat. Sebilangan tugas yang dilakukan oleh mereka adalah seperti yang berikut:
  • Pengurusan data
  • Pengurusan sistem
  • Perangkaian komputer
  • Perekaan bentuk perisian
  • Perekaan bentuk sistem pangkalan data
  • Sistem maklumat pengurusan (MIS)