LAPORAN NO :
2
Nama
Kumpulan: Team ATEM
1. Makluman
Ketua dan ahli-ahli kumpulan
1) Sapura Lia Binti Faris
(A154615)
2) Nurul Syazwani Binti Johari (A156659)
3) Munirah Hanna Binti Abdul
Latife (A156241)
4) Nurhaziyah Binti Mohd.
Noordin (A152736)
5) Nur Atifah Binti Aseran (A153089)
6) Nurul Syahidah Binti Muhammad
Nasardin (A152924)
7) Syaida Syahirah Binti Sidek (A154679)
2. Butiran
aktiviti/ perbincangan kumpulan
2.1 Perbincangan tentang
proposal projek
Tema :
Tema pelaksanaan projek bagi kursus
LMCR2273 ialah ‘Pembinaan Laman Sesawang’.
Tajuk Projek :
‘Projek Pembangunan Laman Sesawang bagi
kawasan perumahan Taman Bangi 3 Seksyen 3’.
Matlamat :
Matlamat projek ini adalah untuk
* memberikan sumbangan dalam
bentuk kemahiran kepada masyarakat
* Melalui pelaksanaan projek ini,
pelajar dan masyarakat dapat
mengaplikasikan pengetahuan kemahiran dalam diri setiap individu.
* Selain itu, projek ini juga bertujuan
untuk memupuk rasa kecintaan dan kebersamaan dalam kalangan diri individu
terhadap komuniti persekitaran.
Objektif :
* Mengumpul maklumat tentang
pengetahuan penduduk Taman Perumahan Bangi 3 Seksyen 3 terhadap pengaplikasian
laman sesawang.
* Memberi pendedahan maklumat kepada
penduduk Taman Perumahan Bangi 3 Seksyen 3 tentang penggunaan laman sesawang.
* Membangunkan sebuah laman sesawang
mengenai Taman Perumahan Bangi 3 Seksyen 3.
Sumber :
Bagi memastikan kelancaran projek, kami telah mengenal pasti sumber-
sumber lain yang boleh membantu
pelaksanaan aktiviti projek pembangunan
laman sesawang yang akan dilaksanakan. Antara sumber yang terlibat ialah
* Ahli penduduk Taman Perumahan Bangi
3 Seksyen 3.
Sumber personal ini terlibat dalam
mencadang dan memberikan maklumat tentang lokasi Taman Bangi 3 Seksyen 3.
* Ahli Jawatan Kuasa taman.
Membantu ahli kumpulan kami dalam
mengumpul data tentang taman
tersebut.
Sumbangan :
Bagi menjalankan projek dan aktiviti yang telah dirancang, kami membuat
keputusan untuk tidak mendapatkan
sumbangan dari mana-mana pihak. Hal ini kerana :
* Bajet bagi pelaksanaan aktiviti
projek tidak menelan kos yang besar.
Perincian Pelaksanaan Mesyuarat Ahli Jawatan Kuasa :
* Dalam memastikan kelancaran projek,
kami mengadakan mesyuarat Ahli Jawatankuasa sebanyak tiga kali.
* Mesyuarat ini melibatkan
seramai tujuh orang
* Mesyuarat ini membincangkan hal-hal
berkaitan pelaksanaan projek seperti penyediaan proposal, laporan, refleksi,
perancangan bajet, kaedah pengumpulan maklumat, pembangunan laman sesawang,
persediaan ke tapak projek dan pembentangan akhir projek.
Senarai Semak Peralatan :
Bagi melicinkan perjalanan aktiviti
projek, kami telah menyediakan senarai semak peralatan yang diperlukan.
i.
Penyediaan proposal projek
ii.
Mengenalpasti sumber
iii.
Pendokumentasian
iv.
Perancangan bajet
v.
Penyediaan cenderahati
vi.
Penyediaan laporan dan refleksi
vii.
Penyediaan soalan temu ramah
viii.
Kamera untuk pendokumentasian
ix.
Pencetakan
x.
Penyediaan alatan tambahan lain
xi.
Pembinaan laman sesawang
xii.
Pengangkutan
Cara Pengumpulan Data :
Bagi melaksanakan projek pembangunan laman sesawang ini, kami
menetapkan beberapa cara atau
kaedah pengumpulan data.
* Mengadakan temu ramah dengan beberapa
orang ahli penduduk Taman Bangi 3 Seksyen 3.
Temu ramah ini adalah untuk
mendapatkan serba sedikit maklumat
* Melawat sekitar taman perumahan
tersebut dan melakukan sedikit
pemerhatian mengenai taman perumahan
dan penduduknya. Hal ini adalah untuk dijadikan maklumat yang akan
didokumentasikan dan dimuat naik ke dalam laman
sesawang.
Cara Merekod Pelaksanaan Projek :
Dalam melaksanakan projek laman sesawang ini, kami telah menentukan
cara untuk merekod pelaksanaan setiap aktiviti projek.
* Melakukan pemerhatian ke atas
kawasan tapak projek.
Hasil pemerhatian ini akan
didokumentasikan ke dalam laporan
mingguan.
* Membuat dokumentasi dengan merakam
aktiviti lawatan dan temu ramah dalam bentuk gambar dan video.
Hasil
dokumentasi ini akan dibentangkan dalam perbentangan akhir projek ini.
2.2. Jadual Perlaksanaan Projek
Minggu
|
Aktiviti
|
Laporan / Refleksi
|
Perbelanjaan
|
Ulasan
|
Minggu 1
(1 – 5 Sept)
|
-Minggu Mesra Mahasiswa
|
|||
Minggu 2
(6 – 12 Sept)
|
-Hari Interaksi
(semua ahli kumpulan)
|
-Laporan 1
|
-Perlantikan Ahli Jawatan Kuasa.
-Perbincangan mengenai proposal
projek.
|
|
Minggu 3
(13 – 19 Sept)
|
-Perjumpaan Mega 1.0
(semua ahli kumpulan)
|
-Laporan 2
|
-Perangkaan Proposal projek.
-Penetapan matlamat, objektif dan
pemilihan tapak projek.
|
|
Minggu 4
(20 – 26 Sept)
|
-Perbincangan proposal projek
(Sapura, Munirah, Haziyah & Syazwani).
|
-Refleksi 1
|
||
Minggu 5
(27 Sept – 3 Okt)
|
-Penghasilan proposal projek
(Sapura, Munirah, Haziyah & Syahidah).
|
-Laporan 3
|
-Kertas proposal
projek.
|
|
Minggu 6
(4 – 10 Okt)
|
-Persediaan ke taman projek
(Sapura, Atifah dan Syaida).
-Penghasilan laman sesawang
(Syahidah dan Syaida)
|
-Laporan 4
|
-Mendapatkan maklumat mengenai
taman dan cara untuk menghubungi
pihak taman.
|
|
Minggu 7
(11 – 17 Okt)
|
-Perjumpaan Urgent
(Sapura, Syahidah dan Munirah)
|
-Refleksi 2
|
-Perbincangan mengenai jadual
pelaksaan aktiviti dan rancangan
ke taman projek.
|
|
Minggu 8
(18 – 24 Okt)
|
-Interaksi Mega 1.0
(Semua ahli kumpulan)
|
-Laporan 5
|
-Pengangkutan
-Makanan
|
-Lawatan ke taman projek untuk
berjumpa dengan wakil taman.
-Mendapatkan maklumat mengenai
taman projek.
|
Minggu 9
(25 – 31 Okt)
|
-Perjumpaan Mega 2.0
(Semua ahli kumpulan).
|
-Laporan 6
|
-Penilaiaan data dan maklumat untuk
dimuat naik ke dalam laman sesawang.
|
|
Minggu 10
(1 – 7 Nov)
|
-Interaksi Mega 2.0
(Semua ahli kumpulan).
|
-Refleksi 3
|
-Pengangkutan
-Cenderahati
-Kertas soalan
temu ramah.
|
-Melakukan sedikit temu ramah
dengan beberapa orang penduduk.
-menilai hasil temu ramah.
|
Minggu 11
(8 – 14 Nov)
|
-Mengemaskini data dalam
laman sesawang
(Syahidah &Syaida)
|
-Laporan 7
|
-Cuti Mid-term.
|
|
Minggu 12
(15 – 21 Nov)
|
-Perjumpaan Mega 3.0
(Semua ahli kumpulan).
|
-Laporan Akhir
|
-Mengemaskini hasil dan bahan projek
untuk pembentangan akhir.
|
|
Minggu 13 dan 14
(22 Nov– 5 Dis)
|
-Pembentangan akhir kumpulan.
|
No comments:
Post a Comment