Taman Bangi telah dibangunkan di atas tanah seluas 30.54 ekar di
sebahagian seksyen 3 tambahan, Bandar Baru Bangi, Mukin Kajang di daerah Hulu
Langat. Mula dibangunkan pada tahun 2000, taman Bangi 3 merupakan sebuah
kawasan perumahan dua tingkat telah dibangunkan secara berperingkat dimulai
dengan fasa 1 dan fasa 2 dan diikuti oleh fasa 3. Terletak didalam kawasan yang
strategi dengan kemudahan prasarana yang pelbagai, penduduk Taman Bangi 3
menikmati fasiliti-fasiliti yang tersedia ada seperti lebuhraya Utara-Selatan
memudahkan akses ke Kuala Lumpur dengan anggaran jarak 36 km dan juga hanya 45
km dari KLIA. Memandu ke Cyberjaya dan Putrajaya hanya mengambil masa selama 30
minit sahaja. Selain itu, lokasi Taman Bangi 3 hanya terletak 3 km dari
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan tidak pula jauh dari Universiti Putra
Malaysia (UPM). Klinik Kerajaan Daerah Hulu Langat hanya terletak 1 km dari
Taman Bangi 3 disamping berdekatan dengan stesyen komuter UKM dan Komplek
Pengankutan Awam Kajang. Pembangunan Taman Bangi 3 dimulakan dengan pembangunan
fasa 1 dan fasa 2. Fasa 1 adalah terdiri dari sebahagian dari Jalan 3/23, Jalan
3/28 dan Jalan 3/27 dengan jumlah keseluruhan rumah adalah sebanyak 153 unit. Fasa
2 pula adalah merupakan sebahagian dari Jalan 3/23, sebahagian Jalan 3/22,
Jalan 3/24, Jalan 3/25 dan Jalan 3/26. Jumlah keseluruhan rumah di Fasa 2
adalah terdiri dari 153 unit rumah. Rumah-rumah di fasa 1 dan fasa 2 adalah
terdiri dari lot yang mempunyai keluasan 20'x60', 20'x70' dan 20'x80' (rumah
lot tengah). Fasa 1 dan fasa 2 telah didiami mulai pada tahun 2003. Fasa 3 pula
mulai didiami pada Oktober 2004 mengandungi sebanyak 147 unit rumah dengan
keluasan 20'x60' dan 20'x70' Jenis Azalea dan Iris. Fasa 3 adalah terdiri dari
sebahagian Jalan 3/30, Jalan 3/31, Jalan 3/32, Jalan 3/33 dan Jalan 3/34.
Jumlah keseluruhan rumah di fasa 1, 2 dan 3 adalah sebanyak 453 unit rumah.
Taman Bangi 3 dilengkapi dengan sebuah surau dan 2 kawasan lapang yang juga menempatkan
kawasan permainan kanak-kanak sebagai kemudahan kepada penduduk berkumpul dan
menjalankan pelbagai aktiviti jiran tetangga dan kemasyarakatan. Pada tanggal
31 Julai 2005, Taman Bangi 3 telah mencatatkan satu lagi sejarah dalam diarinya
apabila majlis perasmian taman bangi 3 telah disempurnakan oleh YB. Dr. Amran
Kasimin, Ahli Dewan Undangan Negeri Bangi.
Sunday, 13 December 2015
Friday, 4 December 2015
Sejarah Teknologi Maklumat
Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas: berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah: penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.
TEKNOLOGI
TEKNOLOGI
Teknologi merujuk kepada Perkakasan, Perisian dan Sistem Telekomunikasi yang digunakan di dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat.
Perkakasan komputer seperti unit pemproses pusat (CPU), ingatan (RAM), cakera keras (HDD), papan kekunci (keyboard), tetikus (mouse) dan sebagainya amat penting dalam proses kemasukan, pemprosesan dan penyimpanan maklumat.
Perisian komputer seperti sistem operasi (OS) yang popular termasuk Linux, UNIX, Mac OS dan Windows dan aplikasi produktiviti pejabat seperti OpenOffice atau Microsoft Office serta perisian Internet seperti pelayar web (Mozilla, Netscape Navigator, Safari dan Internet Explorer) memainkan peranan besar dalam teknologi maklumat. Ini kerana ia merupakan perisian yang paling banyak digunakan oleh pengguna komputer setiap hari. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pengkelasannya sila rujuk tajuk Perisian.
Dari segi komersial dan pembangunan sistem, perisian komputer boleh dibahagian kepada dua iaitu:
- Perisian Bebas / Sumber Terbuka - Secara amnya, boleh didapati secara PERCUMA atau dibeli berserta kod sumber seperti Linux, FreeBSD, dan OpenOffice.
- Perisian Komersial / Sumber Tertutup - Secara amnya, lesen menggunakan perisian perlu dibeli manakala kod sumber tidak diberikan seperti Microsoft Windows dan Miscrosoft Office. Namun begitu , untuk mengimbang kebangkitan penggunaan perisian sumber terbuka, syarikat Microsoft telah melancarkan kempen yang dipanggil kongsi sumber (share source). Dengan konsep ini, pengguna komersial dan pihak kerajaan boleh 'melihat' kod sumber perisian Miscrosoft. Namun begitu, pengguna tidak dibenarkan untuk mengguna, menyunting atau mengubah kod sumber tersebut. Pengguna juga perlu menandatangani satu perjanjian untuk membolehkan mereka melihat kod sumber tersebut.
Sistem Telekomunikasi merupakan komponen yang amat penting selepas perkakasan dan perisian. Ia merupakan rangkaian dan jambatan yang menyambungkan semua sistem komputer dan sistem telekomunikasi di seluruh dunia seperti Internet, satelit, dan sistem telefon. Ia merupakan kombinasi beberapa teknologi seperti:
- Protokol / Senibina Telekomunikasi - TCP/IP, OSI dan SNA, dsb
- Teknologi Telekomunikasi/ Rangkaian - ATM, X.25, Frame Relay, 3G, SMS, MMS, Bluetooth, dsb
- Teknologi Media Penghantaran - Wayar tembaga, Gentian Optik, Gelombang Mikro, Radio dan Satelit
SEJARAH TEKNOLOGI MAKLUMAT
Istilah "teknologi maklumat" muncul pada sekitar dekad 1970-an. Bagaimanapun, konsepnya yang asas boleh dikesani jauh lebih lama lagi. Pada sepanjang abad ke-20, pihak tentera telah berikat dengan berbagai-bagai industri untuk membangunkan elektronik, komputer, dan teori maklumat. Secara sejarah, pihak tentera telah mendorong penyelidikan-penyelidikan tersebut dengan memotivasi dan membiayai inovasi dalam bidang penjenteraan dan pengkomputan.
Komputer komersil yang pertama ialah UNIVAC I yang direka bentuk oleh J. Presper Eckert dan John Mauchly untuk Biro Banci Amerika Syarikat. Akhir dekad 1970-an memperlihatkan kebangkitan mikrokomputer, diikuti dengan rapat oleh komputer peribadi IBM pada tahun 1981. Sejak dari masa itu, empat generasi komputer telah berkembang, dengan setiap generasi melambangkan satu langkah yang dicirikan oleh perkakasan yang semakin kecil dan berupaya. Generasi pertama menggunakan tiub vakum, dengan generasi-generasi kedua dan ketiga masing-masing menggunakan transistor dan litar bersepadu. Generasi keempat, iaitu generasi terkini, menggunakan sistem-sistem yang lebih rumit seperti penyepaduan skala sangat besar (VLSI).
TEKNOLOGI MAKLUMAT PADA HARI INI
Pada hari ini, istilah teknologi maklumat telah diperluas untuk merangkumi banyak aspek pengkomputan dan teknologi, dengan istilah ini lebih dapat dikenal, berbanding dengan dahulu. Payung teknologi maklumat adalah amat besar, dan meliputi banyak bidang.
Ahli-ahi profesional melakukan berbagai-bagai tugas yang berbeza-beza dari pemasangan perisian penggunaan sehingga perekaan bentuk rangkaian komputer dan pangkalan data maklumat. Sebilangan tugas yang dilakukan oleh mereka adalah seperti yang berikut:
- Pengurusan data
- Pengurusan sistem
- Perangkaian komputer
- Perekaan bentuk perisian
- Perekaan bentuk sistem pangkalan data
- Sistem maklumat pengurusan (MIS)
Thursday, 26 November 2015
Sejarah Bandar Baru Bangi Selangor
SEJARAH PEMBUKAAN BANDAR BARU BANGI
Bandar Baru Bangi berasal daripada sebuah ladang kelapa sawit, West Country Estate yang berkeluasan 5,118 ekar dan mula dibangunkan pada tahun 1974 setelah proses pengambilan tanah dibuat oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan mulai tahun 1972-1978. Proses pengambilannya dilakukan secara berperingkat-peringkat bermula dengan seksyen 1 yang melibatkan pembinaan rumah kos rendah, sederhana dan tinggi yang berjumlah 200 unit. Kerja-kerja membangunkan kawasan ini berakhir pada 2007, dengan pembinaan 11,040 unit kediaman, 308 unit kedai, 43 unit kilang dan sebuah kompleks pejabat.
Perancangan bandar satelit ini yang juga merupakan bandar kedua terbesar selepas Bandaraya Shah Alam, adalah berdasarkan perancangan bersepadu yang dijangka mampu meneruskan pembangunan yang bukan sahaja dapat menampung kediaman 60,000 orang penduduk, tetapi juga menyediakan aktiviti komersil, perindustrian, perniagaan, institusi latihan, rekreasi dan pendidikan. Ini adalah sesuai dengan saranan Tun Abdul Razak, Perdana Menteri pada masa itu, untuk mengubah perspektif masyarakat, dan ekonomi Malaysia daripada Pertanian kepada Industri. Dengan itu, Ladang-ladang kelapa sawit dalam daerah Hulu Langat ini dipilih sebagai kawasan penempatan baru.
Berkonsepkan Bandar dalam taman, kawasan lapang seluas 82 ekar dilengkapi dengan sistem dua lengkongan jalan besar dan lorong-lorong jalan kaki dan berbasikal yang menyambungkan aktiviti-aktiviti di antara satu sektor dengan yang lain. Bandar Baru Bangi juga telah dibahagikan kepada 16 Seksyen.
Sebuah universiti iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia telah dirancang pembinaannya untuk membentuk suatu institusi yang mendokong cita-cita dan aspirasi masyarakat Melayu, dan mengukuhkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Universiti ini mempunyai misi untuk menghasilkan graduan-graduan bertaraf dunia daripada pendidikan berteraskan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar selain menjadi pemangkin kepada pembangunan setempat - Bandar Baru Bangi.
LOKASI
Bandar Baru Bangi terletak di dalam daerah Hulu Langat dan di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).
Bandar Baru Bangi terletak kira-kira 12 kilometer dari bandar Kajang dan 6 kilometer dari Bangi Lama. Sebenarnya istilah Bangi Lama tidak wujud secara rasmi, ia cuma untuk membezakan kedua-duanya.
ASAL NAMA
Versi 1 : 'Wangi' disebut 'Bangi' jika ibu bapa merujuk bau anak kecil mereka yang baru mandi.
Versi 2 : Nama Bangi berkaitan dengan bau iaitu 'Wangi' dalam telo Jawa. Bukit UKM pada peringkat awal penerokaannya ialah sebuah hutan tebal yang diduduki orang halus. Pada waktu senja, bau wangi akan mencucuk hidung dan semua wanita dan kanak-kanak akan masuk ke rumah kerana orang halus hadir berhampiran mereka. Ada yang percaya makhluk-makhluk ini telahpun dipindahkan ke kawasan lain oleh seorang pengamal perubatan islam di situ.
Versi 3: Asal perkataan Bangi ialah 'bangor' yang bermaksud bau busuk melantung dari ikan-ikan keli kering yang dijemur di tepian sawah padi. Sebelum Sungai Semenyih diluruskan sekitar tahun 1965, kawasan Bangi Lama pernah ditanam sikit-sikit dengan padi sawah.
Saturday, 21 November 2015
Laporan Akhir
Laporan
Kumpulan LMCR2273
LAPORAN
TERAKHIR
Nama
Kumpulan: Team ATEM
1)
Sapura Lia Binti Faris (A154615)
2)
Nurul Syazwani Binti Johari (A156659)
3) Munirah Hanna Binti Abdul Latife (A156241)
4) Nurhaziyah Binti Mohd. Noordin (A152736)
5) Nur Atifah Binti Aseran (A153089)
6) Nurul Syahidah Binti Muhammad
Nasardin (A152924)
7) Syaida Syahirah Binti Sidek (A154679)
LAPORAN
SEPANJANG SEMESTER 1
LAPORAN
1
· Perbincangan
tentang perlantikan ahli jawatankuasa kumpulan untuk projek
Pembangunan
Laman Sesawang bagi Taman Bangi 3 Seksyen 3 Bangi, Selangor.
· Pembahagian
tugasan mengikut kepakaran ahli kumpulan dan penerangan tentangmtugasan yang
telah diberikan.
LAPORAN
2
· Perbincangan
mengenai proposal Projek Pembangunan Laman Sesawang.
1.
Tema.
2.
Tajuk .
3.
Matlamat.
4.
Objektif.
5.
Sumber.
6.
Sumbangan.
7.
Perancangan untuk melaksanakan mesyuarat bersama ahli jawatankuasa.
8.
Senarai semak peralatan.
9.
Cara pengumpulan data.
10.
Cara merekod pelaksanaan projek.
11.
Jadual perlaksanaan projek.
LAPORAN
3
· Persiapan
untuk pertemuan pertama bersama ketua kampung.
1.
Senarai penentuan bahan.
2.
Pengangkutan.
3.
Penentuan bajet pengeluaran.
4.
Persediaan soalan.
LAPORAN
4
· Pertemuan
dengan ketua dan ahli jawantankuasa Taman sekseyen 3 Bangi.
· Perkenalan
dengan ahli jawatankuasa
· Mengetahui
aktiviti taman
· Membentangkan
proposal projek
· Meminta
kebenaran untuk menjalankan projek.
LAPORAN
5
· Menemu
ramah penduduk taman tentang pendapat mereka terhadap teknologi maklumat.
· Penilaian
respon daripada temu ramah penduduk Taman Bangi 3.
LAPORAN
6
· Pembinaan
dan kemaskini Laman Sesawang Taman Bangi 3 Seksyen Bangi 3.
1.
Memuatnaik maklumat ke dalam laman sesawang.
2.
Mengemaskini maklumat sedia ada.
3.
Melengkapi keperluan laman sesawang.
4.
Mengumpul gambar lokasi taman, sesi pertemuan bersama ahli jawatankuasa taman
dan sesi perjumpaan dengan ahli kumpulan.
KESIMPULAN
1.
Teknologi maklumat merupakan suatu
kepentingan kepada semua lapisan
masyarakat
terutama remaja.
2.
Kemajuan teknologi maklumat mampu membantu masyarakat dalam kehidupan seharian.
3.
Kerjasama yang diberikan oleh ahli kumpulan dan ahli jawatankuasa taman menjadikan
projek ini berjalan dengan lancar.
Saturday, 7 November 2015
Refleksi 3
JURNAL REFLEKSI PROJEK KURSUS LMCR2273
Makluman Ketua dan ahli-ahli kumpulan
1) Sapura Lia Binti Faris (A154615)
2) Nurul Syazwani Binti Johari (A156659)
3) Munirah Hanna Binti Abdul Latife (A156241)
4) Nurhaziyah Binti Mohd. Noordin (A152736)
5) Nur Atifah Binti Aseran (A153089)
6) Nurul Syahidah Binti Muhammad Nasardin (A152924)
7) Syaida Syahirah Binti Sidek (A154679)
Kumpulan: TEAM ATEM
Refleksi Tentang HP 1
Berupaya mengaplikasikan pengetahuan asas berkenaan teknologi maklumat dalam urusan kerja dan kehidupan seharian. (C 3)
Seperti yang kita tahu, ilmu tentang teknologi maklumat sangat luas. Kegunaannya dan
maafaatnya juga banyak. Kita sebagai manusia seharusnya menggunakan peluang ini
dengan sebaiknya. Mengaplikasikan ilmu asas berkenaan teknologi maklumat adalah
satu cara kita menghargai teknologi maklumat. Ia merangkumi segala urusan kerja dan
kehidupan seharian manusia. Berdasarkan projek kursus LMCR2273, kami dapat
mengaplikasikan pengetahuan tentang teknologi maklumat dengan menyediakan satu
laman sesawang yang mendedahkan segala maklumat tentang sesuatu taman yang kami
pilih.
Refleksi Tentang HP2
Berupaya memberikan tindak balas terhadap isu-isu dan permasalahan yang
berkaitan dengan teknologi maklumat. (P 3)
Segala perkara yang berlaku mesti ada kurang dan silapnya. Maka setiap kali isu-isu
dan permasalahan ini berbangkit, kami akan cuba bertindak balas dengan mengatasi dan
mengurangi masalah tersebut. Salah satu cara, kami terus bertanya kepada yang pakar
seperti pensyarah kami. Selain itu, kami mengkaji dahulu segala permasalahan dan cuba
berbincang mencari jalan penyelesaian. Tambahan, kami juga pernah membuka laman
sesawang lain yang mengajar satu persatu cara mengatasi masalah yang berkaitan.
Rekleksi Tentang HP3
Berupaya untuk membudayakan ilmu berkenaan teknologi maklumat dalam kehidupan
dan profesionalisme. ( A 5)
Projek LMCR22273 merupakan salah satu projek yang dapat membudayakan ilmu
berkenaan teknologi maklumat dalam kehidupan dan profesionalisme. Kami dan
menyebarkan pengetahuan tentang wujudnya laman sesawang yang dapat memudahkan
menyampaian maklumat kepada seluruh Malaysia, bahkan ke seluruh dunia tanpa
sempadan. Ini terbukti, projek ini secara langsung memberi manfaat yang padu kepada
seluruh masyarakat. Masyarakat berupaya untuk membudayakan lagi ilmu berkenaan
teknologi maklumat dalam kehidupan mereka.
Rekleksi Tentang HP3
Berupaya untuk membudayakan ilmu berkenaan teknologi maklumat dalam kehidupan
dan profesionalisme. ( A 5)
Projek LMCR22273 merupakan salah satu projek yang dapat membudayakan ilmu
berkenaan teknologi maklumat dalam kehidupan dan profesionalisme. Kami dan
menyebarkan pengetahuan tentang wujudnya laman sesawang yang dapat memudahkan
menyampaian maklumat kepada seluruh Malaysia, bahkan ke seluruh dunia tanpa
sempadan. Ini terbukti, projek ini secara langsung memberi manfaat yang padu kepada
seluruh masyarakat. Masyarakat berupaya untuk membudayakan lagi ilmu berkenaan
teknologi maklumat dalam kehidupan mereka.
Saturday, 31 October 2015
Laporan 6
LAPORAN NO : 6
Nama Kumpulan: Team ATEM
1. Makluman Ketua dan ahli-ahli kumpulan
1) Sapura Lia Binti Faris (A154615)
2) Nurul Syazwani Binti Johari (A156659)
3) Munirah Hanna Binti Abdul Latife (A156241)
4) Nurhaziyah Binti Mohd. Noordin (A152736)
5) Nur Atifah Binti Aseran (A153089)
6) Nurul Syahidah Binti Muhammad Nasardin (A152924)
7) Syaida Syahirah Binti Sidek (A154679
2. Butiran aktiviti/ perbincangan kumpulan
Penglibatan Ahli : Ajk Tugasan khas.
Nurul Syahidah Binti Muhammad Nasardin
Syaida Syahirah Binti Sidek
Dibantu oleh:
Nur Atifah Binti Aseran
Nur Haziyah Binti Mohd Noordin
Munirah Hanna Bt Abdul Latife
Sapura Lia Binti Faris
Nurul Syazwani Binti Johari
Aktiviti :
· Memuatnaik maklumat ke dalam laman sesawang
· Mengemaskini maklumat sedia ada
· Melengkapi keperluan laman sesawang
· Mengumpul gambar dibalik tabir usaha-usaha kumpulan dalam merealisasikan
laman sesawang buat Taman Bangi 3 untuk pembentangan akhir.
Saturday, 24 October 2015
Laporan 5
LAPORAN NO : 5
Nama Kumpulan: Team ATEM
1. Makluman Ketua dan ahli-ahli kumpulan
1) Sapura Lia Binti Faris (A154615)
2) Nurul Syazwani Binti Johari (A156659)
3) Munirah Hanna Binti Abdul Latife (A156241)
4) Nurhaziyah Binti Mohd. Noordin (A152736)
5) Nur Atifah Binti Aseran (A153089)
6) Nurul Syahidah Binti Muhammad Nasardin (A152924)
7) Syaida Syahirah Binti Sidek (A154679)
2. Butiran aktiviti/ perbincangan kumpulan
Tarikh : 6 November 2015
Hari : Jumaat
Masa : 10.00 pagi - 12.00 pagi
Tempat : Taman Bangi 3 Seksyen 3
Penglibatan ahli : Semua Ahli
Penglibatan luar : Penduduk Taman Seksyen 3 Bangi
Butiran Aktiviti :
· Menemu ramah sebahagian penduduk taman
Respoden : Masyarakat setempat Taman Bangi 3
· Penilaian respon daripada temu ramah.
1. Teknologi Maklumat adalah suatu yang sangat penting buat masyarakat hari ini
samada generasi tua, muda mahupun kanak-kanak.
samada generasi tua, muda mahupun kanak-kanak.
2. Teknologi maklumat difahami sebagai alat-alat elektronik seperti gajet dan
televisyen.
televisyen.
3. Masyarakat masih kurang pendedahan tentang penggunaan aplikasi di dalam
sesuatu alat elektronik.
sesuatu alat elektronik.
4. Pendedahan tentang etika dan dan cara menghargai teknologi ini perlulah
diberikan kepada generasi ini agar setiap orang saling mernghormati antara satu
sama lain di dunia maya.
diberikan kepada generasi ini agar setiap orang saling mernghormati antara satu
sama lain di dunia maya.
5. Bahan elektronik yang semakin canggih ini boleh membuat kan seseorang ketagih
dan membazir.
dan membazir.
Saturday, 17 October 2015
Refleksi 2
JURNAL REFLEKSI 1 PROJEK KURSUS LMCR2273
Makluman Ketua dan ahli-ahli kumpulan
1) Sapura Lia Binti Faris (A154615)
2) Nurul Syazwani Binti Johari (A156659)
3) Munirah Hanna Binti Abdul Latife (A156241)
4) Nurhaziyah Binti Mohd. Noordin (A152736)
5) Nur Atifah Binti Aseran (A153089)
6) Nurul Syahidah Binti Muhammad Nasardin (A152924)
7) Syaida Syahirah Binti Sidek (A154679)
Kumpulan: TEAM ATEM
Refleksi Tentang HP 1 Berupaya mengaplikasikan pengetahuan asas berkenaan teknologi maklumat dalam urusan kerja dan kehidupan seharian. (C 3)
Setelah mempelajari asas penggunaan teknologi maklumat,dapat dikesan tentang
bahayanya penggunaan laman sesawang atau media sosial yang memerlukan maklumat
peribadi seseorang sebagai contoh maklumat kad kredit kerana boleh mengundang jenayah siber. Maka kita sebagai pengguna perlu mengambil langkah berhati-hati dengan
tidak berkongsi perkara yang terlalu peribadi.
bahayanya penggunaan laman sesawang atau media sosial yang memerlukan maklumat
peribadi seseorang sebagai contoh maklumat kad kredit kerana boleh mengundang jenayah siber. Maka kita sebagai pengguna perlu mengambil langkah berhati-hati dengan
tidak berkongsi perkara yang terlalu peribadi.
Refleksi Tentang HP2
Berupaya memberikan tindak balas terhadap isu-isu dan permasalahan yang berkaitan
dengan teknologi maklumat. (P 3)
Isu teknologi maklumat yang menjadi tumpuan pada hari ini adalah jenayah siber sepeti
kecurian, rompakan, dan penculikan yang berlaku kepada masyarakat hari ini. Dengan
adanya undang-undang dan etika penggunaan teknologi maklumat jenayah ini seharusnya
boleh dicantas dengan mudah. Namun semua pihak perlulah menjalankan tanggungjawab
kecurian, rompakan, dan penculikan yang berlaku kepada masyarakat hari ini. Dengan
adanya undang-undang dan etika penggunaan teknologi maklumat jenayah ini seharusnya
boleh dicantas dengan mudah. Namun semua pihak perlulah menjalankan tanggungjawab
masing-masing.
Rekleksi Tentang HP3 Berupaya untuk membudayakan ilmu berkenaan teknologi maklumat dalam kehidupan
dan profesionalisme. ( A 5)
dan profesionalisme. ( A 5)
Sebagaimana yang diketahui, teknologi maklumat ini berfungsi sebagai penerima dan
penyimpan serta pemproses maklumat. Begitu juga kita sebagai manusia setiap hari
melalui pelbagai pengalaman dan mempelajari pelbagai ilmu yang baru. seharusnya
penyimpan serta pemproses maklumat. Begitu juga kita sebagai manusia setiap hari
melalui pelbagai pengalaman dan mempelajari pelbagai ilmu yang baru. seharusnya
ilmu itu disimpan dan diproses menjadi tingkah laku yang baik apabila berhadapan
dengan masyarakat.
Saturday, 10 October 2015
Laporan 4
Laporan
4
LAPORAN
NO : 4
Nama
Kumpulan: Team ATEM
1.
Makluman Ketua dan ahli-ahli kumpulan
1) Sapura Lia Binti Faris
(A154615)
2) Nurul Syazwani Binti Johari (A156659)
3) Munirah Hanna Binti Abdul
Latife (A156241)
4) Nurhaziyah Binti Mohd.
Noordin (A152736)
5) Nur Atifah Binti Aseran (A153089)
6) Nurul Syahidah Binti Muhammad
Nasardin (A152924)
7) Syaida Syahirah Binti Sidek (A154679)
2.
Butiran aktiviti/ perbincangan kumpulan
Perjumpaan
Bersama Ketua dan Ahli Jawatankuasa Taman Seksyen 3 Bangi.
Tarikh : 30 Oktober 2015
Hari : Jumaat
Masa : Selepas Isyak
Tempat : Surau Abdurrahman seksyen 3
Bangi
Penglibatan
Ahli : Semua Ahli
Penglibatan
Luar : Ahli Jawatankuasa Taman Seksyen
3 Bangi
Butiran
Perbincangan
· Berkenalan
dengan Ahli jawatankuasa taman.
Ketua
: Hj Mad Razi Abdullah
Setiausaha : Hj
Saiful Anuar Bin Abu Hasan
Bendahari : Hj
Kamarulzaman Bin Mohamad
· Mengenali
aktiviti taman.
Menganjurkan majlis-majlis besar :
Majlis Sambutan Maulidur Rasul dan
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri
Kuliah Agama :
Kuliah Maghrib, Isra’ Mikraj dan nisfu
Syaaban.
· Aktiviti Bersama Masyarakat.
Majlis khatan beramai-ramai
· Membentangkan
proposal projek.
· Meminta
kebenaran untuk menjalankan projek.
Proposal
diterima dan diluluskan.
Subscribe to:
Posts (Atom)