Sunday, 13 December 2015

Latar Belakang Taman Bangi 3

Taman Bangi telah dibangunkan di atas tanah seluas 30.54 ekar di sebahagian seksyen 3 tambahan, Bandar Baru Bangi, Mukin Kajang di daerah Hulu Langat. Mula dibangunkan pada tahun 2000, taman Bangi 3 merupakan sebuah kawasan perumahan dua tingkat telah dibangunkan secara berperingkat dimulai dengan fasa 1 dan fasa 2 dan diikuti oleh fasa 3. Terletak didalam kawasan yang strategi dengan kemudahan prasarana yang pelbagai, penduduk Taman Bangi 3 menikmati fasiliti-fasiliti yang tersedia ada seperti lebuhraya Utara-Selatan memudahkan akses ke Kuala Lumpur dengan anggaran jarak 36 km dan juga hanya 45 km dari KLIA. Memandu ke Cyberjaya dan Putrajaya hanya mengambil masa selama 30 minit sahaja. Selain itu, lokasi Taman Bangi 3 hanya terletak 3 km dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan tidak pula jauh dari Universiti Putra Malaysia (UPM). Klinik Kerajaan Daerah Hulu Langat hanya terletak 1 km dari  Taman Bangi 3 disamping berdekatan dengan stesyen komuter UKM dan Komplek Pengankutan Awam Kajang. Pembangunan Taman Bangi 3 dimulakan dengan pembangunan fasa 1 dan fasa 2. Fasa 1 adalah terdiri dari sebahagian dari Jalan 3/23, Jalan 3/28 dan Jalan 3/27 dengan jumlah keseluruhan rumah adalah sebanyak 153 unit. Fasa 2 pula adalah merupakan sebahagian dari Jalan 3/23, sebahagian Jalan 3/22, Jalan 3/24, Jalan 3/25 dan Jalan 3/26. Jumlah keseluruhan rumah di Fasa 2 adalah terdiri dari 153 unit rumah. Rumah-rumah di fasa 1 dan fasa 2 adalah terdiri dari lot yang mempunyai keluasan 20'x60', 20'x70' dan 20'x80' (rumah lot tengah). Fasa 1 dan fasa 2 telah didiami mulai pada tahun 2003. Fasa 3 pula mulai didiami pada Oktober 2004 mengandungi sebanyak 147 unit rumah dengan keluasan 20'x60' dan 20'x70' Jenis Azalea dan Iris. Fasa 3 adalah terdiri dari sebahagian Jalan 3/30, Jalan 3/31, Jalan 3/32, Jalan 3/33 dan Jalan 3/34. Jumlah keseluruhan rumah di fasa 1, 2 dan 3 adalah sebanyak 453 unit rumah. Taman Bangi 3 dilengkapi dengan sebuah surau dan 2 kawasan lapang yang juga menempatkan kawasan permainan kanak-kanak sebagai kemudahan kepada penduduk berkumpul dan menjalankan pelbagai aktiviti jiran tetangga dan kemasyarakatan. Pada tanggal 31 Julai 2005, Taman Bangi 3 telah mencatatkan satu lagi sejarah dalam diarinya apabila majlis perasmian taman bangi 3 telah disempurnakan oleh YB. Dr. Amran Kasimin, Ahli Dewan Undangan Negeri Bangi.